LEICESTER, Britain – Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah keranda batu dekat sebuah tempat letak kereta di sini kelmarin.
Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.
Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.
Usaha mereka membawa kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.
Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan Sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.
“Ia sesuatu yang menarik selepas penemuan rangka Richard III,” kata Pengarah Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester, Mathew Morris.
“Kami masih mencari cara selamat untuk membuka keranda tersebut kerana kami tidak mahu isinya rosak,” tambah ahli arkeologi berkenaan.
Menurut Morris, seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.
Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain.
Related Posts
- MALU!! MODEL CATWALK TAK SEDAR SKIRT KOYAK DI BAHAGIAN PUNGGUNG!!01 Apr 20150
Kita biasa melihat model-model jelita yang menggayakan fesyen di laluan catwalk terjatuh, tergolek, ...Read more »
- 7 Gambar fesyen pelik bertudung Rozita Che Wan01 Apr 20150
Beberapa minggu yang lalu telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datin Nur Shahida, ...Read more »
- ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM30 Mar 20150
ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM | Biarpun percintaan dengan Emma Maembong umpama...Read more »
- Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..26 Mar 20150
Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..Gambar Salwa Razak di program Anugerah In...Read more »
- Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?25 Mar 20150
Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?Siapalah yang berani bermain api dengan...Read more »
- Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya24 Mar 20150
Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya-Nazin Othman merupakan pelakon yang kini s...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.