FADILAH SHALAT - TAHAJJUD

Dan pada sebagian malam hari, sholat tahajjudlah kamu sebagai ibadah nafilah bagimu, mudah-mudahan Rabb- mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.(Al-Isro:79)

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilah atau
kelebihan solat malam ialah : “Sesiapa mengerjakan
sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

☑ 1. Jauh daripada segala penyakit
☑ 2. Lahir kesan takwa pada wajahnya
☑ 3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
☑ 4. Percakapannya mengandungi hikmat
☑ 5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

♥Sementara empat perkara di akhirat ialah:♥

☑ 1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
☑ 2. Dipermudahkan hisab
☑ 3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
☑ 4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan...

Semoga keinginan kita di ijabah ALLAH...

Post a Comment

 
Top