Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki India menunggang motosikal tanpa seurat benang telah menjadi viral di Facebook sejak semalam.
Menerusi video tersebut, pemandu dan rakannya yang merakam video berkenaan pada awalnya cuba bertanya mengapa lelaki itu tidak berpakaian selain dari bertanya dari mana asal tempat tinggalnya.
Apabila disuruh memberhentikan motosikalnya, lelaki itu enggan menyebabkan kumpulan terbabit bertindak menyekat laluan lelaki itu. Namun, dia sekali lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh ahli kumpulan berkenaan.
Bimbang dibelasah oleh kumpulan berkenaan, lelaki itu bertindak melarikan diri dan meninggalkan motosikal dalam keadaan berbogel.
Video tersebut yang dikongsi ke laman Facebook tanpa sebarang penjelasan yang kukuh menyebabkan netizen mengecam tindakan sekumpulan lelaki Melayu itu yang dilihat cuba membelasah lelaki India itu.
Tidak lama selepas tersebarnya video tersebut, tampil seorang lelaki yang mengaku terlibat dalam kejadian itu mendedahkan bahawa, mereka tidak membelasah lelaki itu, sebaliknya hanya mengertaknya.
Sebelum kejadian itu mereka menerima aduan dari jiran yang mendakwa ternampak lelaki itu berlegar-legar di kawasan perumahan mereka sekitar jam 11 malam dan sekali lagi ternampak kelibatnya pada jam 3 pagi.
Bimbang kehadiran lelaki itu, lelaki itu bersama dengan beberapa ahli jawatankuasa keselamatan penduduk kawasan perumahannya bertindak mengejar lelaki terbabit seperti yang dirakam dalam video yang tersebar.
Menerusi video kedua, difahamkan, lelaki India itu berjaya ditahan pihak polis dan hasil pemeriksaan mendapati plastik kecil yang dibawanya mengandungi dadah.
Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal tanpa seurat benang kerana terlalu khayal dengan dadah yang diambil.
Related Posts
- KISAH SEBENAR DI SEBALIK SARJAN (TENTERA) MATI TERGANTUNG DI WANGSA MAJU27 Apr 20150
Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pa...Read more »
- Punca Sebenar Lelaki Tendang Orang Tua Dengan Kejam27 Apr 20150
Satu video telah menjadi Viral di media sosial yang mana kisah seorang lelaki telah menendang seoran...Read more »
- KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!!27 Apr 20150
Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodohsangat sanggup ...Read more »
- Gambar Tidak Ditapis Wanita Serawak Ini Didedahkan !!26 Apr 20152
Video pertengkaran antara seorang pelancong asing dengan sekumpulan peniaga makanan di Petaling Stre...Read more »
- Sampai Hati Awak Buat Macam Ni??26 Apr 20150
Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya....“Abang, laptop saya kena curi. Hab...Read more »
- Finalis Dewi Remaja, Cantik Tapi Pasal GST Pun Tak Tahu?26 Apr 20150
Setiap wanita ada keistimewaan mereka sendiri. Ada yang cantik dan ada yang sederhana. Tetapi bagaim...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.