Susulan satu video sekumpulan anak gadis memaki hamun seorang lelaki yang juga pemandu teksi kerana berlaku pelanggaran kecil kereta mereka yang tersebar luas di media sosial. 

Kedua-dua pihak telah mengeluarkan statement masing-masing. Siapa yang betul dan siapa yang salah, biarlah pihak berkuasa yang menentukan. 

Berikut merupakan kenyataan daripada Cikgu Azmi, 54, pemandu teksi dalam klip video insiden pergaduhan dengan sekumpulan gadis 20-an yang menjadi viral kepada wartawan Harian Metro.

“Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dulu,” kata Azmi Mat Mokhtar, 54, pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis.

Kejadian jam 3 petang, Ahad lalu, berhampiran Seksyen 7 di sini, sempat dirakam sebelum video pergaduhan itu menjadi viral di laman sosial.

Berikut adalah video dari sidang media yang membabitkan pemandu Teksi dan juga keluarga wanita.


Video kejadian itu yang berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kecederaan yang dialami gadis berkenaan serta pemandu teksi terbabit. Azmi berkata, dia sedih dan terkilan selepas dituduh bertindak secara melulu.

Katanya, pada hari kejadian, dia bersama isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti di sini.

“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya.

Manakala, berikut pula adalah penjelasan yang dikeluarkan kepada pihak Harian Metro oleh ibubapa kepada gadis yang terlibat dalam insiden tersebut.

Post a Comment

 
Top