Home
»
»Unlabelled
» 5 Tips Pengaruhi Kecantikan Dan Kesihatan Wanita
1) Senaman membina peribadi positif – Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.
Recent Posts
- Kisah Benar Pengalaman Melihat Azab Kubur. Allahu Rabbi!28 Apr 20150
Saya pegang nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran sa...Read more »
- KISAH SEBENAR DI SEBALIK SARJAN (TENTERA) MATI TERGANTUNG DI WANGSA MAJU27 Apr 20150
Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pa...Read more »
- Punca Sebenar Lelaki Tendang Orang Tua Dengan Kejam27 Apr 20150
Satu video telah menjadi Viral di media sosial yang mana kisah seorang lelaki telah menendang seoran...Read more »
- KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!!27 Apr 20150
Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodohsangat sanggup ...Read more »
- Allah Bayar Tunai !!! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi27 Apr 20150
Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa I...Read more »
- Gambar Tidak Ditapis Wanita Serawak Ini Didedahkan !!26 Apr 20152
Video pertengkaran antara seorang pelancong asing dengan sekumpulan peniaga makanan di Petaling Stre...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.