Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya. Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital. Ini adalah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital. Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit. Katil ku terletak ditengah-tengah. Semua pesakit sebilik ku itu ialah cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang hari.
Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk ke bilik air yang agak jauh dari tempatku. Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan. Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan 'terbuang' diatas katil ku. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong. Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai.
Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci. Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya. Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar.
Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan...alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. "Bila masa orang ini keluar, tak nampak pun," kataku sendirian.
Aku mula terasa takut. Apa tidaknya, hampur 10 minit aku manantinya diluar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi. Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku. Aku cuba tenangkan perasaanku.
Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba-tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap. Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan. Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek-kopek dan berdarah. Matanya sayu termasuk ke dalam.
Aku benar-benar terpukau. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah terkunci untuk berkata kata. Hatiku merayu..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini." Tiba-tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu.
Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar-benar berada dihadapannya. Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupakannya.
Post a Comment