Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!
Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.
DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial.
Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015
Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini.
Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios) dan ramai lagi -Budiey.
Apapun, mari saksikan 15 foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 yang sedang berlangsung ketika ini.
Related Posts
- MALU!! MODEL CATWALK TAK SEDAR SKIRT KOYAK DI BAHAGIAN PUNGGUNG!!01 Apr 20150
Kita biasa melihat model-model jelita yang menggayakan fesyen di laluan catwalk terjatuh, tergolek, ...Read more »
- 7 Gambar fesyen pelik bertudung Rozita Che Wan01 Apr 20150
Beberapa minggu yang lalu telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datin Nur Shahida, ...Read more »
- ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM30 Mar 20150
ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM | Biarpun percintaan dengan Emma Maembong umpama...Read more »
- Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..26 Mar 20150
Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..Gambar Salwa Razak di program Anugerah In...Read more »
- Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?25 Mar 20150
Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?Siapalah yang berani bermain api dengan...Read more »
- Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya24 Mar 20150
Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya-Nazin Othman merupakan pelakon yang kini s...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.