Selalu kita akan dengar pasangan yang berkahwin mengucap ‘till jannah,’ iaitu cinta hingga syurga.. Siapalah yang tak mahu cinta hingga syurga bersama suami..
Mungkin itulah yang cuba dilakukan oleh pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin.. Miss A sangat terharu bila membaca luahan Che Ta bila ditanya tujuan sebenar dia bertudung..
Ramai yang merasakan penghijrahan Che Ta ni hanya ikut trend sekarang.. Nampaknya tanggapan semua ini adalah tak betul.., Che Ta bertudung untuk menjadi seorang isteri mithali dan dapat masuk syurga bersama-sama Zain tau!
Bertuah Zain kerana memiliki seorang isteri yang mengikut cakap suaminya untuk berubah kearah kebaikan.. Walalupun Che Ta sebelum ini memang kita kenali sebagai wanita yang seksi itu tak menghalang Che Ta untuk berubah..
“Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.
Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.
Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Jujur, saya tidak pernah ambil peduli tentang orang lain. Saya lakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri sendiri bukan sebab persekitaran atau paksaan orang. Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun tentang diri saya kerana bercakap tidak perlu bayaran,” ujarnya..
Lagipun memang tanggungjawab seorang suami perlu membimbing isteri serta anak-anak kearah jalan yang diredhai Allah..
Semoga kisah penghijrahan Che Ta ni menjadi teladan kepada semua pasangan yang berkahwin untuk bertemu semula di jannah kelak.. Apupun, Miss A harap Che Ta terus istiqamah dalam menutup aurat, jangan cakap tak serupa bikin ye..
Related Posts
- MALU!! MODEL CATWALK TAK SEDAR SKIRT KOYAK DI BAHAGIAN PUNGGUNG!!01 Apr 20150
Kita biasa melihat model-model jelita yang menggayakan fesyen di laluan catwalk terjatuh, tergolek, ...Read more »
- 7 Gambar fesyen pelik bertudung Rozita Che Wan01 Apr 20150
Beberapa minggu yang lalu telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datin Nur Shahida, ...Read more »
- ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM30 Mar 20150
ZIZAN RAZAK SINDUR HALUS EMMA MAEMBONG DI INSTAGRAM | Biarpun percintaan dengan Emma Maembong umpama...Read more »
- Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..26 Mar 20150
Panas ! Fesyen Berbaju Bebayang (Susuk Tubuh) Salwa Razak..Gambar Salwa Razak di program Anugerah In...Read more »
- Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?25 Mar 20150
Dah kenapa Sharnaaz Ahmad nak rejam pasangan suami isteri ni?Siapalah yang berani bermain api dengan...Read more »
- Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya24 Mar 20150
Nazim Othman Akhirnya Bongkar Rahsia Masalah Kesihatannya-Nazin Othman merupakan pelakon yang kini s...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.