Mengapa Hawa Tercipta Ketika Adam Tidur?
Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.
Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
Related Posts
- Kisah Benar Pengalaman Melihat Azab Kubur. Allahu Rabbi!28 Apr 20150
Saya pegang nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran sa...Read more »
- Allah Bayar Tunai !!! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi27 Apr 20150
Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa I...Read more »
- AKU BUKAN ORANG JAHAT TAPI KENAPA AKU MALAS SOLAT?31 Mar 20150
”Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentan...Read more »
- Rahsia Keajaiban & Keanehan Air Zam-zam Mengalir Tanpa Henti Ditemui Saintis24 Mar 20150
Rahsia Keajaiban & Keanehan Air Zam-zam Mengalir Tanpa Henti Ditemui SaintisTidak ramai yang tah...Read more »
- Isteri yang dekat dengan Syurga..24 Mar 20150
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara d...Read more »
- 10 Amalan Sonsang Yang Hidup Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia19 Mar 20150
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah: 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam y...Read more »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.